Wednesday, August 1, 2007

"keraguan adalah awal keyakinan..."



Tertangguh satu percutian...
Terhenti satu perjalanan...
Tersekat satu kebebasan...
Namun kehidupan mesti diteruskan...

Hari ini bukanlah satu hari yang dinanti-nantikan, malah sentiasa di pesisiran fikiran. Tempoh tiga bulan lari ke 'dunia fantasi' telah berakhir. Kembali menghadapi realiti, masa dan ruang yang tidak manjanjikan kebahagiaan. Pulang ke alam kebiasaan yang sering membawa kebosanan.

Tiga bulan lalu, aku berpeluang untuk berehat daripada pengajian.
Ada yang menggelar ia 'pengajian' dalam mengungkap kehidupan pencarian ilmu di universiti. Tapi apa yang aku rasakan selepas tiga tahun, hanyalah satu pengalaman terkongkong dalam kebodohan.
Optimis terhadap kebodohan membawa kepada pencarian jawapan persoalan-persoalan yang dikatakan tiada jawapan oleh kebanyakan.
Tentang hidup yang merupakan satu perjalanan, tapi semakin jauh dilalui, semakin jauh dari destinasi,
Tentang mati yang semua tahu akan hadirnya tapi tidak benar-benar mempercayainya,
Tentang bahagia dan sengsara yang bergilir-gilir datang bagaikan satu aturan dalam perbarisan,
Tentang agama yang menjadi warisan dan diamalkan hari-hari sekadar tradisi,
Tentang Tuhan yang dihadap hari-hari, tapi amat tidak dikenali,
Tentang manusia yang kian hilang kemanusiaan,
Tentang hati yang kian hilang emosi,
Tentang akal yang kian hilang rasional,
Tentang aku, tentang engkau, tentang kita,
Tentang Insan...
Pencarian jawapan dan kebenaran ini menjadi pendorong untuk bercuti, untuk berjalan dan untuk bebas...
Ribuan batu jalan telah dilalui,
Merentasi lautan dan menyeberangi sempadan,
Bertemu manusia kepelbagaian bangsa, agama dan taraf sosial.
Bertutur pelbagai dialek bahasa.
Bertukar senyuman, saling bersalaman.
Berteman dan berseorangan, dalam tawa dan tangisan.
Namun ketika satu jawapan kian hampir, samar-samar persoalan baru datang hadir.
Di mana berakhirnya kekeliruan ini?
Mungkin bukan semua persoalan ada jawapan...

Hari ini aku masih dalam kekeliruan dan keraguan.

Tokoh falsafah agong Greek ada mengatakan
"The wisest is he who knows that he doesnt know..."

Ragu-ragu dengan kata-kata ini.
Aku lebih senang berpegang dengan ungkapan Descartes yang dikatakan dipetik dari karya al-Ghazali,
"Keraguan adalah awal keyakinan..."

Mungkin satu hari nanti aku akan dapat jawapan...
Mungkin juga tidak...
Mungkin ada kebenaran dalam ungkapan lagu Dewa, Laskar Cinta.
"Wahai jiwa-jiwa yang tenang, jangan sekali-kali kamu, mencuba jadi Tuhan dengan mengadili dan menghakimi. Bahawasanya kamu memang tak punya daya dan upaya serta kekuatan untuk menentukan kebenaran yang sejati.."

7 comments:

Najwan Halimi said...

agama tanpa ilmu, laksana jasad tanpa ruh.

selamat berkarya!

Dr Dre said...

syeikhryz said:ilmu+agama tanpa amalan,ibarat buah kurma ranum yg xdipetik dari pokok(just tengok je)!.so,kena ada amalan!....hahahha.

ilmu+agama kalau di biarkan,ibrat mutiara yg di biarkan bergelimpangan di tepian jalan.

,ilmu+agama kalau di persetankan ibarat memadam LAMPU saat berjalan di kala malam gelap.

ilmu tanpa agama laksana jasad tanpa ruh,hidup tanpa cinta ibarat hidup tanpa agama,agama&ilmu tanpa amalan ibarat UNTA YG KEHAUSAN DAN KESEPIAN!.

sekian madah dari hamba!...hahahhaha..well done akhi,at last anta menulis jgk!..keep on writting bro!..

fathi aris omar said...

Salam! Selamat Menulis. Buka blog (seperti ramai orang sekarang) tidak ada gunanya jika tiada usaha meningkatkan mutu berfikir, pengetahuan/analisis & menulis.

Salam, Ehsan!

encikmasen said...

selamat menulis..
biar apa pun cara penulisan..
yang penting matlamat penulisan itu sampai..

all the best..

Aqil Fithri said...

salaam,
benarlah; verba valent scripta manent!

aiman said...

what could possibly go wrong?! heheh. perjalanan masih jauh. jgn tangguh2...

ASY said...

welcome back to skool